Propoganda ph.

Saya diberitahu bahawa PH telah mula menyebarkan propaganda berdasarkan penipuan yang tidak dinamakan sumber melalui WhatsApp – seperti apa yang berlaku sebelum PRU14.

Insya Allah. Ada netizen yang sudah muak dengan penipuan PH telah menyangkal “data dan fakta” PH.

Saya kongsi di sini:
—–
☘ PERBEZAAN..
YG TELAH
DILAKUKN KERAJAAN PH.

☸ *Minyak RON95*
*_BN:_* RM2.36 pernah capai RM2.80

(*_Mana pernah sampai RM2.80 di bawah BN? Paling tinggi pun RM2.36. Itu pun untuk satu minggu sahaja. Sejak 3 tahun lalu ini, RON95 pernah jatuh ke RM1.60 untuk beberapa bulan – misalnya pada bulan Mac 2016_* https://www.theedgemarkets.com/article/ron95-rm160-ron97-rm195-diesel-unchanged-march )

*_PH:_* RM1.92 paling tinggi RM2.08.

(*_Ramai sudah lupa ke, RON95 pada bulan Disember 2018 adalah RM2.20 kerana Guan Eng kenakan cukai petrol 30 sen satu liter. Selepas Najib bongkarkan, Guan Eng terpaksa turunkan menjadi RM1.92 satu liter. Lepas tu naik balik lagi ke RM2.08 sekarang._*)

☸ *Bantuan Khas Pesara*
*_BN:_* RM250

(*_Siapa kata hanya RM250? RM500 untuk pesara dan RM1,000 untuk semua penjawat awam._*) Tengok sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/372335/bonus-penjawat-awam-pesara-hari-ini-najib

*_PH:_* RM500.

(*_Bantuan Khas penjawat awam hanya RM500 sahaja_*) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/510128/bayaran-khas-dibayar-esok-guan-eng )

☸ *BRIM*
*_BN:_* RM1200
*_PH:_* RM1480
_(Setiap anak umur 18 tahun ke bawah dapat RM 120)_

(*_Di bawah BN, BR1M adalah RM2,000 untuk tahun 2018. Bukan RM1,200. Belum masuk lagi bayaran khas RM1,500 untuk anak penerima BR1M yang layak masuk ke Universiti. Lagipun, PH sudah mansuhkan BR1M untuk orang bujang, BR1M untuk orang yang berpendapatan RM3,000 hingga RM5,000_*)

☸ *Biasiswa*
*_BN:_* 2016-2018 tiada peruntukan

(*_Ini pun ada orang percaya? Jika tiada biasiswa untuk 3 tahun, sudah kecoh satu Malaysia. Memang ada dan pada kadar lebih tinggi dari PH_*)

*_PH:_* RM3.8Billion untuk tahun 2019.
(*_Potong adalah. Mana ada tambah? MyBrain pun sudah mansuh_*)

https://suara.tv/08/11/2018/najib-jelas-perbandingan-penyusutan-biasiswa-dengan-graf/ )

☸ *Royalti Minyak*
*_BN:_* Negeri UMNO sendiri Terengganu tidak dapat royalti minyak..
_(bila MB Terenganu bersuara dalam mesyuarat, dipecat walaupun bertanya ikut saluran)_

(_*Tiap-tiap tahun di bawah BN Terengganu dibayar royalti minyak RM210 juta_*:
https://www.malaysiakini.com/news/409570 )

*_PH:_* Semua negeri pengeluar minyak dapat royalti penuh.

(*_Mana pernah PH bayar royalti penuh? 20% royalti minyak sudah bayar ke?_*)

☸ *Plan bantuan FELDA*
*_BN:_* setiap tahun bayaran one-off RM700
*_PH:_* RM77juta untuk bayaran one-off, khairat kematian & elaun sara hidup bagi peneroka yang ladang sedang penanaman semula.

(_*Isu FELDA ini tak bayar PH tipu lagi. Peneroka2 yang kini menderita tahu siapa yang lebih baik. Semua rindu zaman BN. Yang RM77 juta itu nak bahagi 120,000 peneroka dapat berapa untuk elaun hidup? RM600 setahun?_*)

☸ *Tol*
*_BN:_* 5 tahun naik 2 kali _(PRU 2013 janji nak mansuh tol dalam bandar)_

(_*Tol hanya naik sekali sahaja dalam tempoh 9 tahun Najib jadi PM iaitu pada tahun 2016 sahaja. Itupun tol pihak swasta. Semua tol di bawah Lebuhraya PLUS tak pernah naik selama 9 tahun Najib jadi PM*_)

(_*Banyak tol telah dimansuhkan di bawah Najib. Empat tol sahaja pada akhir tahun 2017 iaitu tol Batu Tiga, Tol EDL Johor, Bukit Kayu Hitam dan Batu Tiga dan tol Sungai Rasau. BN pun tak pernah janji manushkan semua tol dalam bandar._*)

*_PH:_* Diskaun 30% pada waktu puncak, percuma waktu 11pm-5am.
_(Dalam rundingan dengan syarikat pemegang konsensi)_

(_*Janji nak mansuhkan semua tol. Kini mahu bagi diskaun tengah malam. Itupun belum buat lagi sudah mahu claim?)

☸ *Peruntukan sekolah daif*
*_BN:_* pembantu Rosmah seleweng RM4billion dana projek solar sekolah daif Sarawak.

(*_Projek solar sekolah Sarawak mana ada sampai RM4 bilion? Itupun RM1 bilion bagi buat solar untuk setiap sekolah termasuk kos membekal diesel, genset dan penyelenggaraan untuk 380 sekolah tiap-tiap bulan untuk 5 tahun. Pembantu Rosmah didakwa terima RM5 juta dari pengendali projek. Mana datang songlap RM4 bilion itu?*_)

*_PH:_* RM1Billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak.

(*_Ini lagi kelakar. RM1 bilion itu sebenarnya sudah diperuntukkan dalam Bajet 2018 BN. Tetapi, PH tak mahu bayar. PH hanya bayar selepas kerajaan Sarawak pinjam RM1 bilion kepada PH untuk PH bagi balik kepada Sarawak_*)
https://dayakdaily.com/tawaran-dana-rm1-bilion-kepada-kerajaan-persekutuan-adalah-niat-murni-kerajaan-sarawak/

☸ *Kos projek Mega*
*_BN:_* ECRL: RM71Billion (_*kos sebenar bawah BN RM55 bilion. Di mana datang RM71 bilion_*)
MRT3: RM31Billion
MRT2: RM39Billion

*_PH:_* ECRL: RM40Billion (_*Sudah buat ke? Skop apa telah potong?Belum buat jangan claim*_)
MRT3: RM15Billion ) (*_PH sudah mansuhkan MRT3 lah.. Apa kebodohan ini?_*)
MRT2: RM30Billion. (_*ini kerana bayak stesen sudah dihentikan dan saiz stesen sudah diperkecilkan. Ini bukan penurunan harga tetapi penurunan skop projek. Lain kali naik perbesarkan dan tambah balik stesen lagi mahal._*)

_*PROPAGANDA MENIPU PH masih diteruskan?_*

_*Sudah menang dengan fitnah. Selepas menang masih mahu tipu dan fitnah rakyat?_*

👍🇲🇾👌😁